Rabu, 26 Oktober 2011

Berapa saya..

Bidang : Nombor Dan Operasi
Tajuk  : Nombor Hingga 100
Standard kandungan : Murid dibimbing untuk menama dan menentukan nilai
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk menentukan kuantiti bagi nombor yang disebut dengan menggunakan objek sebenar, gambar, garis nombor dan abakus
Berapa saya
View more presentations from rozita78.

Refleksi..
Penggunaan BBM yang menarik dapat menarik tumpuan murid agar terus mengikuti proses P&P pada hari tersebut. Ternyata penggunaan 'Slide Power Point' berjaya membantu murid menguasai kemahiran menentukan nilai. Jelas terpancar dari wajah murid-murid keseronokan mereka ketika tayangan 'slide power point ' ini. Namun begitu kelemahan juga terdapat ketika penggunaan BBM ini disebabkan pencahayaan yang terlalu terang menyebabkan mereka silau ketika tayangan dibuat. 

Jumaat, 21 Oktober 2011

Mari Banding

Murid mengenal pasti objek yang banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak, lebih, kurang

Refleksi
Bahan Bantu mengajar ini digunakan untuk mengajar kemahiran membanding. Ianya juga sesuai digunakan untuk aktiviti pengukuhan membilang. Namun untuk lebih menarik... biar murid sendiri yang 'klik' pada perkataan lebih daripada, kurang daripada , sedikit, banyak

Isnin, 3 Oktober 2011

PBS KSSR

Masih tercari-cari Dokumen Standard untuk PBS KSSR Matematik, bagi guru-guru matematik di sini ada yang dicari-cari itu....


Sebelum kita mula belajar operasi tambah... kita menyanyi dulu lagu tambah supaya kita dapat belajar operasi tambah dengan seronok... Lagu ini di upload daripada you tube di bawah 




Refleksi
Penggunaan lagu dan nyanyian ternyata dapat menarik minat murid untuk terus mengikuti P&P. Murid-murid kelihatan seronok sepanjang P&P dan dapat memahami konsep tambah dengan mudah. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...