Sabtu, 17 Disember 2011

Latihan Interaktif

Latihan yang disediakan boleh digunakan sebagai latihan semasa aktiviti pemulihan dan pengukuhan... Selamat mencuba.

Isnin, 12 Disember 2011

Penyelesaian Masalah

Slide menunjukkan langkah-langkah dalam menjawab soalan yang melibatkan soalan penyelesaian masalah.

Nota : Gambar-gambar ini diambil dari Buku teks Matematik tahun 1


Ahad, 11 Disember 2011

Mari Bina Cerita

Melakukan operasi asas tambah dan operasi tolak nombor bulat dalam lingkungan 20.

Nota : Sumber gambar-gambar dari Buku Teks Matamatik Tahun 1 2011

Sabtu, 10 Disember 2011

Penyelesaian Masalah 1

Situasi 1


Di dalam sebuah pasu ada 2 kuntum bunga.
Nabila letak 3 kuntum bunga lagi.
Berapakah kesemua bunga dalam pasu itu ?


Dalam pasu   -  2
Nabila letak  -  3
operasi yang digunakan - tambah ( + )
Ayat Matematik 
  2  +  3  =  5

Situasi 2

Faiz ada 8 biji limau;
3 biji limau telah rosak.
Berapakah limau yang elok ?

Faiz ada        -  8
Limau rosak  -  3
Operasi yang digunakan - tolak ( - )

Ayat Matematik
8 - 3 = 5


Operasi Tolak...

Setelah mempelajari operasi tambah ... kita sambung pembelajaran dengan operasi tolak
                           Contoh 1 :                                                      
                                                                         
                               Contoh 2 :

simbol yang digunakan : 


Simbol  ( - ) dikaitkan dengan:
Ø  Asingkan  Ø  Kurang  Ø  Keluarkan  Ø  Buang  Ø  Rosak  

Simbol ( = ) dikaitkan dengan :
Ø  Tinggal   Ø  baki


Isnin, 5 Disember 2011

Operasi Tambah..

Tajuk : Tambah

Standard kandungan : Tambah dan tolak dalam lingkungan 10

Standard Pembelajaran : Menyatakan secara spontan fakta asas tambah
Operasi tambah
View more presentations from rozita78.

Refleksi
Kekuatan
'slide power point ' ini saya gunakan untuk memperkenalkan operasi tambah kepada murid-murid. Ternyata 'slide power point' ini amat bersesuaian dengan tahap keupayaan murid saya yang terdiri daripada murid LINUS. Murid-murid berminat untuk terus mengikuti P&P dan BBM ini dapat membantu murid menguasai operasi tambah.
Kelemahan
Walaupun murid-murid berjaya memahami konsep tambah namun masih terdapat murid yang tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan dalam Cuba kira. Ini kerana murid yang lemah tidak mampu untuk menyatakan fakta asas tambah tanpa melihat contoh.
Langkah Mengatasi
Bagi murid yang lemah, saya galakkan penggunaan benda-benda maujud seperti guli dan batang lidi digunakan apabila menjawab soalan.

Rabu, 26 Oktober 2011

Berapa saya..

Bidang : Nombor Dan Operasi
Tajuk  : Nombor Hingga 100
Standard kandungan : Murid dibimbing untuk menama dan menentukan nilai
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk menentukan kuantiti bagi nombor yang disebut dengan menggunakan objek sebenar, gambar, garis nombor dan abakus
Berapa saya
View more presentations from rozita78.

Refleksi..
Penggunaan BBM yang menarik dapat menarik tumpuan murid agar terus mengikuti proses P&P pada hari tersebut. Ternyata penggunaan 'Slide Power Point' berjaya membantu murid menguasai kemahiran menentukan nilai. Jelas terpancar dari wajah murid-murid keseronokan mereka ketika tayangan 'slide power point ' ini. Namun begitu kelemahan juga terdapat ketika penggunaan BBM ini disebabkan pencahayaan yang terlalu terang menyebabkan mereka silau ketika tayangan dibuat. 

Jumaat, 21 Oktober 2011

Mari Banding

Murid mengenal pasti objek yang banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak, lebih, kurang

Refleksi
Bahan Bantu mengajar ini digunakan untuk mengajar kemahiran membanding. Ianya juga sesuai digunakan untuk aktiviti pengukuhan membilang. Namun untuk lebih menarik... biar murid sendiri yang 'klik' pada perkataan lebih daripada, kurang daripada , sedikit, banyak

Isnin, 3 Oktober 2011

PBS KSSR

Masih tercari-cari Dokumen Standard untuk PBS KSSR Matematik, bagi guru-guru matematik di sini ada yang dicari-cari itu....


Sebelum kita mula belajar operasi tambah... kita menyanyi dulu lagu tambah supaya kita dapat belajar operasi tambah dengan seronok... Lagu ini di upload daripada you tube di bawah 




Refleksi
Penggunaan lagu dan nyanyian ternyata dapat menarik minat murid untuk terus mengikuti P&P. Murid-murid kelihatan seronok sepanjang P&P dan dapat memahami konsep tambah dengan mudah. 

Jumaat, 30 September 2011

Jom Membilang

Sebelum mempelajari 4 operasi ( tambah, tolak, darab dan bahagi )  jom kita membilang bersama-sama.

Membilang

View more presentations from rozita78.

Refleksi
Bahan Bantu mengajar yang sesuai digunakan untuk murid tahun 1 bagi kemahiran membilang dan mengenal nombor. BBM ini juga sesuai digunakan untuk mengajar murid mengeja nombor dalam perkataan. Untuk lebih menarik, gunakan gambar yang berlainan untuk setiap bilangan agar lebih dapat menarik perhatian murid.

Ahad, 25 September 2011

10 Little Number

Jom dengar lagu nombor dalam Bahasa Inggeris pulak.... one, two, three.. Ini pun di upload dari Youtube http://www.youtube.com/watch?v=dk9Yt1PqQiw&feature



Nombor 1 hingga 10

Sebagai pengenalan kepada nombor mari kita dengar lagu dulu. Lagu ini saya upload dari Youtube http://www.youtube.com/watch?v=lb1U4ZXwL5Y  . Kita dengar sama-sama ye...


Sabtu, 24 September 2011

PBS KSSR

Khas untuk rakan-rakan yang masih pening untuk menyediakan Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi ... boleh layari ke link yang saya lampirkan... http://www.examperak.com
Ini sebagai contoh dan di harap dapat membantu dan meringan beban kerja yang ditanggung oleh rakan-rakan.

Tugasan....

Setelah berhari-hari memikirkan tajuk dan maklumat yang ingin dimuatkan dalam blog pendidikan seperti mana yang dipertanggungjawab kepada pelajar PPG PJJ UPSI untuk subjek KRT 3013, akhirnya terhasillah Ceria bersama Nombor . Namun masih banyak yang perlu dilakukan untuk menghasilkan blog yang terbaik. Semoga segala maklumat yang dimuatkan dalam blog ini dapat membantu rakan-rakan sepanjang pengajian kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...